Kasih sayang guru kepada murid sudah pun dizahirkan menerusi kesungguhan mereka dalam melakukan reka bentuk aktiviti kurikulum yang memberi pengalaman pembelajaran terbaik kepada murid supaya terbiasa dengan tema kehidupan, tingkah laku dan etika yang luhur. Perkataan yang dilafazkan oleh guru bagaikan butir-butir mutiara yang sangat berharga. Guru bertindak sebagai pemudah cara yang sangat berkesan sehingga segala bakat dan potensi yang terpendam dalam diri murid akan sentiasa digilap dan dikembangkan. Mudah-mudahan anak-anak ini menghargai setiap pengorbanan guru-guru SMK Malim..
Wajah-wajah guru SMK Malim yang penyayang. Sabar menanti anak-anak datang sekolah... =)