Sekolah Menengah Kebangsaam Malim terletak kira-kira 6 kilometer dari bandar Melaka. Pada awal perancangannya, pembinaan sekolah ini dicadangkan di Taman Malim Jaya. Tetapi disebabkan oleh kos pengambilan tanah yang terlalu tinggi, alternatif lain dibuat iaitu dengan membinanya di Kampung Bertam, Mukim Bertam Malim yang terletak berdekatan dengan kawasan Perindustrian Cheng.Sekolah Menengah Kebangsaan Malim mula beroperasi dengan pelantikan Allahyarham Tn. Hj. Rahman bin Yunus sebagai Pengetua dan memulakan sesi persekolahan pertama pada 3 Januari 2001. Bilangan pelajar yang berdaftar pada tarikh itu ialah seramai 534 orang. Bilangan guru yang ditempatkan di sekolah ini pada sesi tersebut ialah seramai 28 orang yang terdiri daripada 11 guru lelaki dan 17 perempuan. Seramai 6 orang staf sokongan turut membantu sekolah ini pada awal penubuhannya. KINI, SMK Malim merupakan sekolah perintis KRS iaitu kokurikulum sekolah ini merupakan Kadet Remaja Sekolah sahaja. Pada 1 Mei 2012 guru yang berkhidmat di sekolah ini adalah seramai 104 orang bersama-sama 18 orang kakitangan sokongan. Jumlah pelajar yang terdapat di sekolah ini ialah seramai 1770 orang.